Wednesday, 20 November 2013

FORUM MEDIA BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA DI UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL) SHAH ALAM

(KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS)

(KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS)

(KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS)

(KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS)

(KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS)

(KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS)

(KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS)


FORUM MEDIA BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA DI UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL) SHAH ALAM

SHAH ALAM: Satu forum media telah berlangsung di Dewan Pro- Canselor Universiti Selangor (UNISEL) Shah Alam dengan jayanya pada 14 November 2013 dengan kehadiran lebih kurang 400 orang pelajar, staf dan juga warga Shah Alam. Seramai dua orang pengacara majlis telah mengacara program forum media ini. Program bermula pada jam 11.00 pagi dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan nyanyian lagu negaraku. Perasmian program ini telah dilakukan oleh Dekan Fakulti Komunikasi Dan Media sendiri iaitu Prof. Azmuddin Bin Ibrahim dan diteruskan dengan pengenalan para ahli jawatankuasa program forum media yang turut dikenali sebagai UNISEL Media Forum: Meeting Today’s Challenges.

            Tepat jam 11.30 pagi, pengacara majlis menjemput Afdlin Shauki Bin Aksan untuk slot pertama program forum media ini. Afdlin Shauki dilihat berjaya menarik minat audiens dengan menceritakan pengalaman beliau dari mula terlibat dalam industri seni suara hinggalah menjadi pengarah filem. Beliau juga turut berkongsi rahsia bagaimana untuk menjadi seseorang yang hebat tidak kira bentuk badan dan juga latar belakang serta bagaimana pentingnya mempunyai keghairahan atau passion dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Beliau juga turut menyentuh tentang bahayanya menjadi sombong atau takbur apabila melakukan sesuatu dengan jayanya. Ketika sesi soal jawab bersama audiens pula, Afdlin Shauki telah ditanya dengan banyak soalan dan ini menunjukkan satu perkembangan yang baik dalam menilai minat para audiens dalam mendalami bidang seni perfileman negara. Slot beliau diakhiri dengan cabutan bertuah yang disumbangkan oleh epoint.com dan juga Teratai Catering. dan para pemenang bertuah berpeluang untuk berjumpa dengan Afdlin Shauki sekali lagi secara dekat. Program kemudiannya ditangguhkan dari jam 1.00 petang sehingga 2.00 petang bagi menghormati waktu Zohor dan juga memberi peluang kepada para audiens untuk menjamah makan tengah hari.

            Pada jam 2.00 petang, kehadiran Wardina Safiyyah Binti Fadlullah disambut masuk kedalam Dewan Pro- Canselor UNISEL Shah Alam dengan alunan lagu tradisional Melayu lama sambil diiringi oleh Puan Adlene Binti Aris, Ketua Program Bachelor Komunikasi dan Media (Hons) (Media Design) dan juga Puan Norazian Binti Abdul Aziz, Ketua Program Bachelor Komunikasi dan Media (Hons) (Corporate Communication). Wardina yang tampil menawan dan bersemangat pada hari tersebut jelas berjaya menaikkan momentum program forum media ini. Wardina telah menyentuh perihal pentingnya agama dalam menjadi pengacara televisyen dan bahaya jika agama diletakkan di belakang karier. Antara aspek yang disentuh oleh Wardina Safiyyah adalah untuk menjadi orang yang hebat adalah orang yang bertanya soalan yang hebat dan juga beliau turut menyentuh perihal tentang pentingnya mempunyai passion dan juga keikhlasan dalam melakukan sesuatu perkerjaan sama ada kita sukakannya ataupun tidak kerana itu adalah sumber rezeki kita sendiri. Beliau turut mengalunkan bacaan Al Quran surah Al Mukminin pada hari tersebut. Wardina Safiyyah mengakhiri slot beliau pada jam 3.30 petang untuk memberi peluang kepada penceramah seterusnya iaitu Ismail Bin Hashim yang juga merupakan Timbalan Dekan (Akademik) Fakulti Komunikasi dan Media.

            Pada slot Ismail Bin Hashim pula, beliau banyak bercerita tentang penglibatan beliau di dalam industri akhbar sebagai seorang wartawan dan juga tanggugjawab beliau sebagai seorang pensyarah. Beliau turut menyentuh bahawa untuk menjadi wartawan yang berjaya, sifat keberanian itu perlu ada dan seseorang wartawan itu perlu membuang sikap berat sebelah dalam melaporkan sesuatu berita itu kepada orang ramai. Selain itu, beliau turut menasihati para pelajar yang hadir pada hari tersebut tentang bagaimana untuk berjaya hidup sebagai seorang yang disenangi ramai dan seterusnya berjaya dalam hidup di dunia dan juga di akhirat kelak. Beliau mengakhiri slot beliau dengan mencabut 6 nombor bertuah dan para pemenang yang berjaya mendapat hamper yang disumbangkan oleh Tupperware Malaysia dan juga eRama.tv.

            Program yang berakhir pada jam 5.30 petang ini disiarkan secara langsung di 1MalaysiaTV di saluran CampusTV. Program ini juga turut dirakamkan oleh TV Unisel dan diberi liputan secara meluas di media sosial. Menurut Zulfadli Bin Yusmar, Ketua Pengarah Program UNISEL Media Forum: Meeting Today’s Challenges, program seumpama ini adalah julung- julung kalinya diadakan di UNISEL Shah Alam dan program ini diharapkan dapat dijadikan platform yang berguna untuk para pelajar untuk mendapatkan maklumat yang tidak ternilai harganya. Beliau dan juga Encik Shamsul Hamimi Ab. Rahman berharap agar program sebegini ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dan tahun- tahun seterusnya.