(KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS)
(KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS)
(KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS)
(KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS)
(KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS)
(KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS)
(KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS)
FORUM MEDIA BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA DI UNIVERSITI
SELANGOR (UNISEL) SHAH ALAM
SHAH
ALAM: Satu
forum media telah berlangsung di Dewan Pro- Canselor Universiti Selangor
(UNISEL) Shah Alam dengan jayanya pada 14 November 2013 dengan kehadiran lebih
kurang 400 orang pelajar, staf dan juga warga Shah Alam. Seramai dua orang
pengacara majlis telah mengacara program forum media ini. Program bermula pada
jam 11.00 pagi dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan nyanyian lagu
negaraku. Perasmian program ini telah dilakukan oleh Dekan Fakulti Komunikasi
Dan Media sendiri iaitu Prof. Azmuddin Bin Ibrahim dan diteruskan dengan
pengenalan para ahli jawatankuasa program forum media yang turut dikenali
sebagai UNISEL Media Forum: Meeting Today’s Challenges.
Tepat
jam 11.30 pagi, pengacara majlis menjemput Afdlin Shauki Bin Aksan untuk slot
pertama program forum media ini. Afdlin Shauki dilihat berjaya menarik minat audiens
dengan menceritakan pengalaman beliau dari mula terlibat dalam industri seni
suara hinggalah menjadi pengarah filem. Beliau juga turut berkongsi rahsia
bagaimana untuk menjadi seseorang yang hebat tidak kira bentuk badan dan juga
latar belakang serta bagaimana pentingnya mempunyai keghairahan atau passion dalam melakukan sesuatu
pekerjaan. Beliau juga turut menyentuh tentang bahayanya menjadi sombong atau
takbur apabila melakukan sesuatu dengan jayanya. Ketika sesi soal jawab bersama
audiens pula, Afdlin Shauki telah ditanya dengan banyak soalan dan ini
menunjukkan satu perkembangan yang baik dalam menilai minat para audiens dalam
mendalami bidang seni perfileman negara. Slot beliau diakhiri dengan cabutan
bertuah yang disumbangkan oleh epoint.com dan juga Teratai Catering. dan para
pemenang bertuah berpeluang untuk berjumpa dengan Afdlin Shauki sekali lagi
secara dekat. Program kemudiannya ditangguhkan dari jam 1.00 petang sehingga
2.00 petang bagi menghormati waktu Zohor dan juga memberi peluang kepada para
audiens untuk menjamah makan tengah hari.
Pada
jam 2.00 petang, kehadiran Wardina Safiyyah Binti Fadlullah disambut masuk
kedalam Dewan Pro- Canselor UNISEL Shah Alam dengan alunan lagu tradisional
Melayu lama sambil diiringi oleh Puan Adlene Binti Aris, Ketua Program Bachelor
Komunikasi dan Media (Hons) (Media Design) dan juga Puan Norazian Binti Abdul
Aziz, Ketua Program Bachelor Komunikasi dan Media (Hons) (Corporate
Communication). Wardina yang tampil menawan dan bersemangat pada hari tersebut
jelas berjaya menaikkan momentum program forum media ini. Wardina telah
menyentuh perihal pentingnya agama dalam menjadi pengacara televisyen dan
bahaya jika agama diletakkan di belakang karier. Antara aspek yang disentuh
oleh Wardina Safiyyah adalah untuk menjadi orang yang hebat adalah orang yang
bertanya soalan yang hebat dan juga beliau turut menyentuh perihal tentang
pentingnya mempunyai passion dan juga
keikhlasan dalam melakukan sesuatu perkerjaan sama ada kita sukakannya ataupun
tidak kerana itu adalah sumber rezeki kita sendiri. Beliau turut mengalunkan
bacaan Al Quran surah Al Mukminin pada hari tersebut. Wardina Safiyyah
mengakhiri slot beliau pada jam 3.30 petang untuk memberi peluang kepada penceramah
seterusnya iaitu Ismail Bin Hashim yang juga merupakan Timbalan Dekan
(Akademik) Fakulti Komunikasi dan Media.
Pada
slot Ismail Bin Hashim pula, beliau banyak bercerita tentang penglibatan beliau
di dalam industri akhbar sebagai seorang wartawan dan juga tanggugjawab beliau
sebagai seorang pensyarah. Beliau turut menyentuh bahawa untuk menjadi wartawan
yang berjaya, sifat keberanian itu perlu ada dan seseorang wartawan itu perlu
membuang sikap berat sebelah dalam melaporkan sesuatu berita itu kepada orang
ramai. Selain itu, beliau turut menasihati para pelajar yang hadir pada hari
tersebut tentang bagaimana untuk berjaya hidup sebagai seorang yang disenangi
ramai dan seterusnya berjaya dalam hidup di dunia dan juga di akhirat kelak.
Beliau mengakhiri slot beliau dengan mencabut 6 nombor bertuah dan para
pemenang yang berjaya mendapat hamper yang disumbangkan oleh Tupperware
Malaysia dan juga eRama.tv.
Program
yang berakhir pada jam 5.30 petang ini disiarkan secara langsung di 1MalaysiaTV
di saluran CampusTV. Program ini juga turut dirakamkan oleh TV Unisel dan
diberi liputan secara meluas di media sosial. Menurut Zulfadli Bin Yusmar,
Ketua Pengarah Program UNISEL Media Forum: Meeting Today’s Challenges, program
seumpama ini adalah julung- julung kalinya diadakan di UNISEL Shah Alam dan
program ini diharapkan dapat dijadikan platform yang berguna untuk para pelajar
untuk mendapatkan maklumat yang tidak ternilai harganya. Beliau dan juga Encik
Shamsul Hamimi Ab. Rahman berharap agar program sebegini ini dapat diteruskan
lagi pada masa hadapan dan tahun- tahun seterusnya.
No comments:
Post a Comment